of 12

152-296-1-SM

Description
X
Transcript
    77  ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 2 (Nov. 2017): 77-88 Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu –  JPBM (Malay Language Education Journal –  MyLEJ)   PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DAN PENGARUHNYA TERHADAP SIKAP, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN BAHASA MELAYU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (21th Century Learning and the Influence of Attitude, Motivation, and Achievements  Malay Language Secondary School Student)  AINUN RAHMAH IBERAHIM Universiti Kebangsaan Malaysia ainunzifah@gmail.com  ZAMRI MAHAMOD Universiti Kebangsaan Malaysia d-zam@ukm.edu.my  WAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMAD Universiti Kebangsaan Malaysia munaruzanna@ukm.edu.my  Dihantar pada: 13 Mei 2017 Diterima pada: 06 Oktober 2017 Koresponden: d-zam@ukm.edu.my  \\\\ Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2017   Abstrak  : Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh  pembelajaran abad ke-21 terhadap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar dalam  pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran  pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing  pada abad ini. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada zaman teknologi ini, iaitu meliputi kemahiran  berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), dan sebagainya. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 277 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains dan Sastera daripada tiga buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Tanah Merah, Kelantan dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan  piawai untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap tahap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh  pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif kepada sikap, motivasi,  pencapaian pelajar ketika mempelajari Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah  pembelajaran abad ke-21 memberi kesan positif kepada sikap dan motivasi pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kata kunci: Sikap, motivasi, pencapaian pelajar, pembelajaran abad ke-21,  pembelajaran Bahasa Melayu  Abstract  : This study aims to identify the influence of 21st century learning on attitudes, motivations, and achievement of students in Malay Language learning. The 21st century skills are essential and essential learning skills for students to be competitive in this century. The 21st century skills can be attributed to the various elements needed in this technology era, which include communication skills,  science and technology skills, thinking skills, interpersonal skills, intrapersonal  skills, 3M skills (reading, calculating and writing), and so on. This survey was conducted using questionnaire as a research instrument. A total of 277 form four Science and Literature students from three national secondary schools in Tanah  Merah district, Kelantan were selected as the sample of the study. The sample was chosen randomly. The data were analyzed using descriptive analysis, mean and  standard deviation to see the impact of 21st century learning on attitudes, motivation, and student achievement. The findings show that the influence of 21st century learning has a positive effect on attitudes, motivations, and achievement of  students in Malay Language learning. The implication of the study is that learning of the 21st century has a positive effect on students' attitudes and motivations, thus enhancing their achievement in Malay Language learning. Keywords:  Attitude, motivation, students achievement, 21  st   century learning,  Malay Language learning    78  ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 2 (Nov. 2017): 77-88 PENGENALAN Kerajaan memerlukan tenaga kerja yang proaktif dalam menentukan pencapaian ekonomi yang tinggi. Tahap pencapaian ekonomi yang semakin mencabar memerlukan satu anjakan paradigma yang dapat membantu agar ekonomi negara menjadi semakin kukuh dan stabil seiring dengan negara maju. Oleh hal yang demikian, kerajaan  perlulah melahirkan generasi yang membawa  pembaharuan dan berdaya saing dalam pelbagai aspek terutama dalam bidang pendidikan, ekonomi, teknologi dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mewujudkan kemahiran abad ke-21 ke dalam semua mata  pelajaran di sekolah termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu. Suhaidah (2011), usaha kerajaan dalam menyediakan tenaga kerja abad ke-21 juga dapat dilihat melalui projek Sekolah Pintar. Menurut Ramlee dan Abu (2004), matlamat kerajaan menubuhkan Sekolah Pintar kerana untuk melahirkan generasi Y negara yang kreatif, inovatif, dapat mengadaptasi teknologi terkini, mampu mengakses dan mengurus maklumat serta yang terakhir semestinya untuk menjadikan mereka tenaga kerja yang mempunyai daya saing yang produktiviti ekonomi negara. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu  pencapaian dalam bidang pendidikan. Kurikulum sentiasa disemak, dipantau dan dikemas kini untuk memastikan ia sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Menurut Azalya (2003), bagi menghadapi cabaran globalisasi, rakyat Malaysia perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran asas dalam  bidang pendidikan serta latihan yang kukuh dan mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan dalam berkomunikasi, menguasai  pelbagai bahasa, berfikiran kritis dan berinovatif. Penekanan dalam menguasai kemahiran abad ke-21 dalam proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) haruslah bermula dengan menerapkan konstruk kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc. Oleh itu, kurikulum pendidikan termasuklah kurikulum Bahasa Melayu haruslah sentiasa mengikut peredaran zaman untuk memastikan  pelajar yang dikeluarkan bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan malah menguasai kemahiran abad ke-21 bagi menghadapi cabaran era globalisasi pada masa ini. Pendidikan yang  berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai aspek termasuklah cemerlang dalam bidang kokurikulum menjadi matlamat utama dalam usaha melahirkan generasi alaf baru yang mampu menangani cabaran-cabaran abad ke-21 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, KPM 2013). Dasar dan polisi sentiasa disemak serta  pembaharuan pendidikan direncanakan dan dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan proses dan pengendalian dalam PdPc di sekolah. Peranan guru dalam usaha melaksanakan dasar pendidikan negara dengan berkesan ke arah melahirkan modal insan kelas pertama yang berprestasi tinggi seiring dengan negara maju sememangnya tidak dapat dinafikan. Masyarakat memberi harapan yang  besar kepada guru untuk mendidik serta mengembangkan potensi pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan yang telah ditetapkan oleh KPM. Noraini (2010), guru dianggap mempunyai kompetensi tertentu untuk mengembangkan kemahiran, bakat, potensi dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bentuk. Selain itu, pencapaian murid sentiasa menjadi ukuran kepada keberhasilan proses pembelajaran yang dialami murid dalam bilik darjah. Hal ini kerana PdPc yang bermakna sangat membantu murid meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi mencapai aspirasi pendidikan negara, keberhasilan guru menjadi salah satu anjakan transformasi terkini. Menurut Zamri (2012),  bentuk PdPc pada abad ke-21 masih tetap  berpusatkan guru, akan tetapi guru memainkan  peranan penting untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di sekolah. PdPc menerusi kemahiran abad ke-21 sangat membantu guru dan pelajar dalam usaha mencapai aspirasi  pendidikan negara. Oleh itu, penerapan kemahiran abad ke-21 akan dapat membantu pelajar dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran globalisasi dengan lebih berkeyakinan dalam bidang  pendidikan, malah dalam bidang kerjaya. Sikap, motivasi dan pencapaian sedikit sebanyak mampu mendorong pelajar untuk menguasai kemahiran abad ke-21 dengan lebih cepat dan mudah serta memberi kesan dalam jangka masa yang panjang merupakan satu hasil yang semestinya ditunggu-tunggu oleh negara dalam melahirkan masyarakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang dan mampu berdaya saing dengan negara maju. Kajian    79  ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 2 (Nov. 2017): 77-88  berkaitan PdPc berasaskan kemahiran abad ke-21 dalam bidang pendidikan telah banyak dilakukan oleh pengkaji (Masyuniza 2015), namun kajian yang menyeluruh berkaitan sikap, motivasi,  pencapaian dan kemahiran abad ke-21 dalam PdPc Bahasa Melayu tidak banyak dilakukan. Oleh itu, kajian yang dijalankan berfokus kepada sikap, motivasi, pencapaian pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21 setelah guru menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam PdPc. Kajian ini diharap dapat membantu pelajar dan guru dalam menghadapi cabaran di sekolah dalam menjayakan  proses PdPc berasaskan kemahiran abad ke-21. Hal ini kerana, kemahiran abad ke-21 amat  berguna dalam dunia globalisasi pada hari ini. Model enGauge 21st Century Skills (2003) oleh  NCREL dan Materi Group dengan sedikit  pengubah suaian agar selari dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah sebagai kayu ukur utama untuk meninjau sikap, motivasi,  pencapaian dan kemahiran abad ke-21 pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu pelajar tingkatan empat dijadikan asas kajian. ULASAN KEPUSTAKAAN Terdapat banyak kajian berkenaan dengan PdPc  berteraskan pembelajaran abad ke-21 tetapi tidak  banyak kajian yang dilakukan untuk mengkaji sikap, motivasi dan pencapaian pelajar dalam  pembelajaran abad ke-21 dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh itu, fokus utama kajian ini tertumpu kepada sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran abad ke-21 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai subjek wajib di sekolah. Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi serta menggunakan prasarana teknologi maklumat terkini dalam kehidupan seharian (Zamri & Mohamed Amin 2005). Oleh hal yang demikian, sektor pendidikan juga turut menerima tempiasnya dalam kemajuan sains dan teknologi. Sistem pendidikan di seluruh dunia telah  banyak mengalami perubahan seiring dengan  perkembangan teknologi maklumat dan dunia globalisasi ini. Perubahan-perubahan dalam  pendidikan ini turut tercatat dalam dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013), Standard Guru Malaysia, dan sebagainya. Semua yang dihasratkan oleh KPM ini, semuanya bermatlamat untuk melahirkan modal insan kelas pertama, pelajar yang seimbang dalam pembelajaran dan kokurikulum, serta melahirkan pelajar yang seimbang dari segi  jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM 1992). Menerusi kajian Rahim dan Sharifudin (2014) yang dijalankan terhadap pelajar Orang Asli menunjukkan bahawa majoriti mereka mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian Hashimah, Junaini dan Zahari (2010) menyatakan bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap Bahasa Melayu. Zaliza dan Zaitul Azma Zainon (2013) telah menjalankan kajian terhadap pelajar asing tentang sikap mereka terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan menunjukkan 78% sampel kajian bersikap positif terhadap  pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia dapat membantu pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Mereka juga mendapati sampel kajian mereka mempunyai motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga mereka. Faktor yang mendorong dan memotivasikan pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu adalah dengan menguasai Bahasa Melayu ianya dapat membantu pelajar tersebut untuk  berkomunikasi dengan orang tempatan. Di samping itu, faktor lain yang memotivasikan mereka ialah peranan yang dimainkan oleh tenaga pengajar. Kajian  Nurazidawati (2011) mendapati bahawa kemahiran abad ke-21 mempunyai hubungan korelasi yang  positif dengan sikap pelajar terhadap mata  pelajaran Kimia. Begitu juga dengan kajian Ng Lay Khuan (2011) menunjukkan bahawa hubungan sikap murid terhadap Biologi mempunyai korelasi yang positif dan signifikan. Kajian daripada Nurul Ain dan Azizi Yahaya (2012) memperoleh keputusan yang mana terdapat hubungan yang positif antara sikap dengan kemahiran abad ke-21. Selain itu juga, kajian daripada Nur Khaizatul Fateha dan Zamri (2016) mendapati terdapat hubungan yang signifikan dan  positif antara sikap dan motivasi pelajar dengan    80  ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 2 (Nov. 2017): 77-88 kemahiran abad ke-21. Kajian ini juga mendapati motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu setelah menerapkan kemahiran abad ke-21  pada keseluruhannya adalah berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu juga, kajian Jerie dan Zamri (2011) mendapati pelajar etnik Iban mempunyai sikap, motivasi dan pencapaian yang tinggi terhadap Bahasa Melayu apabila menerapkan  penguasaan pembelajaran abad ke-21. Begitu juga kajian yang dilakukan oleh Abdullah (2004) mendapati pelajar etnik Dusun mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian mereka mendapati sampel kajian mempunyai motivasi yang tinggi terhadap  pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Begitu juga, melalui kajian Chitra (2003) dan Zarina (2001) yang mana pelajar India dan  pelajar Cina dalam sampel kajian mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap  pembelajaran Bahasa Melayu dan mempunyai motivasi yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam kajian yang dijalankan oleh Kamsiah (2000) terhadap pelajar Melayu di Singapura menunjukkan sikap pelajar adalah negatif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Pelajar juga mempunyai motivasi yang agak rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian Mastura (2011) mendapati bahawa  penguasaan pelajar terhadap literasi era digital dalam pembelajaran Bahasa Melayu abad ke-21  berada pada tahap yang tinggi. Beliau berpendapat  bahawa pelajar sekarang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan penguasaan literasi era digital pada abad ini dengan melalui penerapan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, Abdul Shukor (2000) menyatakan bahawa penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan, menjelang 2020,  pengetahuan baru akan digandakan setiap 73 hari. Hal ini bermakna, jika pelajar hanya belajar melalui buku teks sahaja yang berorientasikan  peperiksaan tanpa ada pengetahuan tentang teknologi maka mereka akan kekurangan daya saing dan agak sukar menempuh cabaran pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Normala, Zaliha dan Mohamad (2005) mempunyai hasil dapatan yang berbeza, tetapi mereka mendapati tahap literasi komputer pelajar sekolah menengah di negeri Kedah adalah sederhana tinggi dengan peratusan sebanyak 66.6%. Kajian yang dijalankan oleh Masyuniza (2013) dan Ng Lay Khuan (2011) berkaitan literasi era digital juga berada pada tahap yang sederhana. Hal ini menyebabkan banyak pihak terutama kerajaan yang berusaha untuk melahirkan generasi yang celik teknologi maklumat turut merasa  bimbang. Jika tahap literasi komputer berada pada tahap kurang daripada 50% bermakna masih ramai  pelajar yang menghadapi masalah atau buta komputer (Masyuniza 2013). Selain itu, menerusi kajian Faezah dan Saemah (2011), proses PdPc yang berlaku tanpa mempunyai aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis akan menyebabkan PdPc tersebut tidak efektif. Walau bagaimanapun, berfikir secara kreatif dan kritis bergantung juga kepada kecerdasan pelajar tersebut. Selain itu, PdPc yang  berpusatkan guru menyebabkan murid tidak mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan sendiri dan hal ini tidak menggalakkan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis (Masyuniza 2013). Berbeza pula dengan pelajar yang mampu  berfikir secara kritis dan dapat menyelesaikan masalah dan menangani cabaran dengan kreatif. Buckley dan Smith (2008), menyatakan bahawa untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah, penggunaan simulasi multimedia semasa proses PdPc perlu ditekankan. Penggunaan ini juga dapat membantu dan menambah teknik pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik. Kajian oleh Nurul Ain (2013) mendapati  bahawa sampel kajiannya mempunyai pemikiran inteventif pada tahap sederhana tinggi. Menurutnya pelajar tidak berupaya untuk bersikap  positif terhadap masalah yang sukar, mereka tidak dapat menyesuaikan idea dengan keadaan semasa, sukar untuk berfikir pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah dan menetapkan matlamat dalam pembelajaran, bermasalah dalam merancang strategi dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu dan kurang berkeyakinan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Beliau berpendapat bahawa hal ini kerana pelajar sudah biasa bergantung kepada guru semasa membuat keputusan dalam aktiviti PdPc di sekolah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana sikap, motivasi dan pencapaian dalam
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks