Please download to get full document.

View again

of 6

a Perkataan Hampir Sama Bunyi

Description
Perkataan hampir sama bunyi. Membina perkataan hampir sama bunyi: Perhatian: 1. Jangan lakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan. ( potongan setengah markah ) 2. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan. ( 0 markah ) 3. Jangan gandakan kata yang diberikan. ( 0 markah ) 4. Jangan bentuk Kata Nama Khas daripada kata yang diberikan. ( 0 markah ) 5. Jangan gunakan kata yang diberikan sebagai simpulan bahasa atau cogan kata. ( 0 markah ) 6. Jangan bentuk kata yang diberikan sebagai kat
Transcript
    Perkataan hampir sama bunyi. Membina perkataan hampir sama bunyi:   Perhatian:  1. Jangan lakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan. ( potongan setengah markah )2. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan. ( 0 markah )3. Jangan gandakan kata yang diberikan. ( 0 markah )4. Jangan bentuk Kata Nama Khas daripada kata yang diberikan. ( 0 markah )5. Jangan gunakan kata yang diberikan sebagai simpulan bahasa atau cogan kata. ( 0 markah )6. Jangan bentuk kata yang diberikan sebagai kata majmuk. ( 0 markah ) 7. Untuk kata nama tidak berimbuhan, anda boleh menggunakan ayat dialog: Contohnya - tebang ( Jangan tebang pokok buluh itu , kata Chong Meng.) 8. Jangan buat ayat yang tidak menunjukkan makna. ( 0 markah ) Contohnya - tebang (Saya bertanya guru saya maksud perkataan tebang .)   Bina ayat daripada perkataan yang diberi di bawah bagi menunjukkan anda faham penggunaan dan maksudnya .  1. hemah / hemat2. kerangka / rangka3. perap / perah4. melarik / melirik 5. mentaksir / mentafsir6. menjurus / menjirus7. mengubah / menggubah8. menghembuskan / menghemburkan9. menatap / meratap10. meraung / melaung11. menyumpah / menyampah12. rencam / rencah13. diharap / digarap14. laksana / laksamana15. sering / seiring16. menghidap / menghadap17. secocok / secucuk 18. sasaran / sesaran19. tergolong / tergulung20. sepadan / sempadan21. persatuan / penyatuan22. menembuk / menembok 23. sembang / sumbang.   24. menyeluruh / menyeloroh25. belot / belut26. mengindahkan / mengendahkan27. menyerap / mencerap28. mengabaikan / mengaibkan29. tapak / tepak 30. menyuraikan / menyuarakan31. bertitah / bertatah32. gumpal / gempal33. mencolek / menculik 34. memerah / memeras35. melencong / melancong36. bertelur / bertelor37. berkenan / berkenaan. 38. menempa / menempah39. menyurut / menyorot40. melagakan / melegakan41. melayukan / melayurkan42. mengibas / mengimbas43. pedalaman / pendalaman44. merimaskan / meramaskan45. benteng / beting46. menuntun / menonton47. pujuk / pojok . 48. beradat / beradab49. hempas / hampas50. lengan / lengang51. tabik / tabib52. resmi / rasmi53. padan / pandan54. perah / perap    Jawapan: Perkataan hampir sama bunyi Contoh ayat bagi perkataan hampir sama bunyi.  1.hemat- Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu.....hemah- pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.2.kerangka- Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.....rangka- Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.3.perap- Jangan perap daging ayam itu terlalu lama , kata ibu kepadaku.....perah- Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur , kata emak kepada kakak.4.melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.5.mentaksir- Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.....mentafsir- Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi.6.menjurus- Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.....menjirus- Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.7.mengubah- Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.....menggubah- Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.8.menghembuskan- Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam.....menghemburkan- Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas.9.menatap- Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.....meratap- Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia.10.meraung- Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.......melaung- Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon.11.menyumpah- Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.......menyampah- Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.12.rencam- Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.......rencah- Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.13.diharap- Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.......digarap- Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.14.laksana- Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.  ......laksamana- Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.15.sering- Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.......seiring- Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.16.menghidap- Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.......menghadap- Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.17.secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat.18.sasaran- Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.......sesaran- Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi.19.tergolong- Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun.......tergulung- Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi.20.sepadan- Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.......sempadan- Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka.21.persatuan- Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini , katanya.......penyatuan- Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati.22.menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum.......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu.23.sembang- Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja , kata Encik Kulasingam.......sumbang- Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali , kata pengadil itu.24.menyeluruh- Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh.......menyeloroh- Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi.25.belot- Kami telah menangkap mereka yang belot itu , kata ketua tentera itu.......belut- Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut.26.mengindahkan- Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik pelancong.......mengendahkan- Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.27.menyerap- Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida.......mencerap- Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2.28.mengabaikan- Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita.......mengaibkan- Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri.29.tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan.
View more
6 pages
Free
94 views
1 times
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks