of 7

Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Melayu-Tahun-5.docx

Description
LATIHAN TATABAHASA TAHUN 5 Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaitu A, B dan C atau empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih ayat yang betul. 1. I Saya berasal daripada Kajang, Awak pula? II Ayah akan bermesyuarat di Johor Bahru pada minggu depan. III Oleh sebab hari hujan, adik tidak dapat bermain di luar. IV Setengah kanak-kanak sangat takut untuk mendapatkan rawatan pergigian. A I dan II sahaja
Transcript
  LATIHAN TATABAHASA TAHUN 5 Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaitu A , B dan C atau empat pilihan    jawapan, iaitu A , B , C dan D . Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul.   Pilih ayat yang betul.   1. I Saya berasal daripada Kajang, Awak pula?   II Ayah akan bermesyuarat di Johor Bahru pada minggu depan.   III Oleh sebab hari hujan, adik tidak dapat bermain di luar.   IV Setengah kanak-kanak sangat takut untuk mendapatkan rawatan pergigian.   A I dan II sahaja B II dan III sahaja   C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV   2. I Pelbagai juadah disediakan di majlis berbuka itu.   II Sebahagian daripada peserta kursus itu berbangsa Cina.   III Sila serahkan buku ini ke Cikgu Musalmah dengan segera.   IV Semua guru-guru diwajibkan memakai pakaian batik pada setiap awal bulan.   A I dan II sahaja B I, III dan IV sahaja   C I, II, dan IV sahaja D I, II, III dan IV   3. I Aduh, luka di kakiku berdarah semula!   II Eh, buku-buku ini bukan kepunyaan saya!   III Cis, awak hendak ke mana tergesa-gesa ini?   IV Wah, banyak sungguh simpanan awak di dalam bank!   A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja   C I, II, dan IV sahaja D I, II, III dan IV   4. I Buatlah mana-mana yang kamu suka asalkan tidak mengganggu saya.   II Ayah mengirimkan sejambak bunga kepada ibu melalui pembantu pejabatnya.   III Surat yang berkajang-kajang itu ditulis oleh kakak kepada tunangannya di luar    negara.   IV Restoran Seri Anjung menyediakan berbagai-bagai juadah untuk dinikmati oleh  para pengunjung.   A I dan III sahaja B II dan IV sahaja   C II, III, dan IV sahaja D I, II, III dan IV   5. I Murali lebih tinggi daripada adik-beradiknya yang lain.   II Ibu sangat rindu akan abang yang berada di luar negara.   III Daripada kamu asyik bermain lebih baik mengulang kaji pelajaran.   IV Saya dan abang tiba di sekolah lebih awal daripada murid-murid yang lain.   A I, III dan IV sahaja B I, II dan III sahaja   C I, II, dan IV sahaja D I, II, III dan IV   6. Berapakah harga robot ini? ______nya canggih dan berteknologi tinggi,” Tanya  Adam kepada lelaki itu.   A Buat B Buatan   C Pembuat D Pembuatan   7. Pelbagai jenis kereta solar telah ______ sempena Karnival Pendidikan Sains dan   Teknologi Peringkat Kebangsaan 2005.   A  bertanding B ditandingi   C menandingi D dipertandingkan    8. Ada ______ yang mengatakan bahawa Aidil Hakim akan mengetuai perbarisan   sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti.   A ura-ura B usul-usul   C desas-desus   9. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Jitra itu_______ .   A corat-coret B kusut-masai   C compang-camping   10. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung   dalam suasana ______ .   A huru-hara B hingar-bingar    C gilang-gemilang D terang-benderang   11. Peserta perbarisan yang pengsan itu ______ dengan tandu.   A dipapah B diusung   C dikendong   12. Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis.   A muncul B terpa   C terbit D tampil   13. Majlis diteruskan dengan ______ Encik Sofian naik ke pentas untuk menyampaikan   ucapan,” kata pengacara majlis.   A mengajak B menampilkan   C mengundang D mempersilakan   14. Penunggang motosikal yang ______ di bawah kereta itu telah disahkan meninggal   dunia.   A terkepit B tersungkur    C terselit D terperosok    15. Sikap tolong-menolong yang ______ oleh penduduk kampung mendapat pujian   daripada wakil rakyat.   A  pertunjukan B  penunjukan   C ditunjukkan D menunjukkan   16. Proses ______ produk berasaskan bahan mentah itu mengambil masa selama   A keluaran B  pengeluaran   C mengeluari D dikeluarkan   17. Walaupun hidup Pak Itam dan Mak Kiah ibarat ______ , namun, mereka tidak  pernah mengharapkan bantuan orang lain.   A  jauh bau bunga, dekat bau tahi   B enggang sama enggang, pipit sama pipit   C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang   D  berat mata memandang, berat lagi bahu memikul   18. Janganlah kamu bimbang sekiranya kamu tidak bersalah, bak kata pepatah_____   _ ,”  pujuk Rima kepada Raimi.   A kalah jadi arang, menang jadi abu   B  biar putih tulang, jangan putih mata   C  berani kerana benar, takut kerana salah   19. Hati-hati apabila berkata-kata supaya tidak menyusahkan diri sendiri, bak kata  pepatah ______ ,” kata ibu.     A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan   B di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung   C ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis   D kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa   20. Ayah selalu menasihati abang supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal   di kampung ini. Malangnya, abang menerima teguran itu sekadar ______.   A masuk telinga kanan, keluar telinga kiri   B diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat   C  buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali   D  banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam   21. Ibu ______ dulang minuman ke ruang tamu lalu mempersilakan tetamunya minum.   A menatang B menjinjing   C memegang   22. Kami dapat menyaksikan demonstrasi ______ tikar mengkuang semasa melawat   ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.   A menekat B menenun   C menganyam D menyusun   23. Pilih ayat yang betul.   I. Hai! Apa khabar!   II. Wah, pergi engkau dari sini!   III. Syabas, kamu berjaya akhirnya!   IV. Amboi, cantiknya pakaian kamu ini!   A I dan II sahaja B III dan IV sahaja   C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV   24. Pilih ayat yang betul.   I. Aduh, senaknya perutku ini!   II. Eh, mengapa kamu tidak masuk!   III. Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk!   IV. Wah, pandainya sahabat kamu berbahasa Tamil!   A I dan II sahaja B III dan IV sahaja   C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV   25. Walaupun Pak Harun penat menguruskan kolam ternakan ikannya, dia tidak     ______ mengeluh.   A harus B mahu   C  pernah D hendak    26. Usahanya yang tidak mengenal erti jemu selama ini ______ membuahkan hasil   yang lumayan.   A telah B dapat   C  pernah D hendak    27. Pekerja-pekerja di ladang ternakan rusa itu ______ bekerja walaupun hari telah    beransur senja.   A telah B  belum   C sudah D masih   28. Saya bercita-cita ______ melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Pertanian   di Universiti Putra Malaysia.   A telah B  pernah   C hendak D sedang      29. Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan setelah tersesat.   A mati kutu B mati akal   C cari jalan D  jalan tengah   30. Ayah selalu menasihati kami agar tidak ______ apabila telah berjaya kelak.   A lupa diri B  patah hati   C  busuk hati D  patah kandar    31. Kita janganlah mengikut ______ supaya tidak menyesal pada kemudian hari.   A darah raja B darah muda   C darah manis   32. Tuan Haji Zainal itu seorang hartawan yang ______. Beliau selalu menghulurkan    bantuan.   A keras hati B  berat hati   C  panas hati D murah hati   33. Puan Roslin ______ kerana selalu membantu orang lain. Suaminya pula lebih   dikenali sebagai ______ kerana sikap kedekutnya.   A isi hati … isi  perut B  baik hati … tangkai jering   C hati batu … batu loncatan D ringan tangan … tangkai jering   34. Biasanya, orang yang ______ akan disenangi oleh sesiapa pun, manakala orang   yang ______ akan dibenci.   A iri hati … senang hati   B  baik hati … hidung tinggi   C  berat tulang ... ringan tulang D mulut murai … kera sumbang   35. Walaupun hidup ______ , Mak Cik Eton tidak pernah menyusahkan sesiapa.   A makan suap B sebatang kara   C sehelai sepinggang D setahun jagung   36. Hamid dan Lim rakan karib. Mereka ______ kerana tidak pernah berenggang.   A  bagai kertas dengan dakwat B  bagai tikus membaiki labu   C  bagai isi dengan kuku   37. Apabila kita membeli sesuatu barangan, pastikan terdapat tanda harga dan______     barangan yang dibeli daripada pihak penjual.   A dijamin B terjamin   C  jaminan D  penjamin   38. Kita perlu berbelanja secara ______ dan tidak mengikut perasaan.   A  berada B  berkurangan   C  berpandangan D  berjimat cermat   39. Kita hendaklah merancang setiap pembelian terlebih dahulu supaya tidak     berlakunya ______.   A  pembazir B dibazirkan   C  pembaziran D membazirkan   40. Peniaga ______ mempromosi barangan mereka untuk menarik perhatian  pengguna.   A  bersaing B  bertanding   C  berkeinginan D  berharapan   41. Sebagai pengguna yang bijak, kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja.  
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks