Please download to get full document.

View again

of 9

PENGURANGAN_TANAH_PAYA

Description
Nama Guru Pelatih : Rohana binti Omar Halimah binti Mat Kursus Opsyen Ambilan Kumpulan Nama Tutor Abu Nama Pensyarah : Anuar bin Hj. Sulaiman : KDPM/KDC/PLPS : PRA Bahasa Melayu : Mei, 2006 : PRA BM2 : Puan Faizah binti TAJUK : PENGURANGAN TANAH PAYA (REDUCTION OF SWAMP) 1. PENGENALAN Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakeralawala ini, bukan sahaja dari segi hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, ma
Transcript
  Nama Guru Pelatih:Rohana bintiOmarHalimah binti MatKursus:KDPM/KDC/PLPSOpsyen: PRA Bahasa MelayuAmbilan:Mei, 2006Kumpulan:PRA BM2Nama Tutor:Puan Faizah bintiAbuNama Pensyarah:Anuar bin Hj.Sulaiman  TAJUK: PENGURANGAN TANAH PAYA (REDUCTION OFSWAMP) 1. PENGENALAN Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakeralawala ini, bukan sahajadari segi hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alamsekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, masih adahidupan yang mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yangpanas hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu jugalah denganbentuk muka bumi seperti di Malaysia yang pelbagai terdiri daripada pinggir laut,lembangan, tanah tinggi, tanah pamah dan tanah paya. Tanah paya adalahtanah pamah yang ditakungi air. Tanah yang ditakungi air masin dinamakanpaya bakau yang banyak didapati di teluk-teluk dan di muara sungai. Jika tanahini berterusan ditenggelami oleh air masin, tanah paya ini dinamakan tanah payagambut. 2.JENIS-JENIS PAYA Terdapat banyak jenis paya di antaranya ialah paya selut, paya bakau dan payanipah yang terletak di kawasan sekitar muara sungai. Tanah-tanah inimempunyai kandungan tahap alkali yang tinggi ( lebih daripada pH 7 ) sesuaisebagai kawasan pemprosesan air sungai yang membawa sisa-sisa buangan,pencemaran dan kotoran yang berasid sebelum ia dikeluarkan ke laut. Iamengurangkan kawasan laut dan sekitarnya. Sisa-sisa yang telah diprosesdimendapkan di kawasan tanah paya. Maka tidak hairanlah tanah-tanah payamempunyai tahap kandungan karbon yang tinggi. Hanya spesis tumbuh-tumbuhan tertentu sahaja dapat hidup di kawasan ini. Hutan paya air tawar  pula terletak di kawasan air tawar iaitu di kawasan kedarat dari paya bakau yang tidak di pengaruhi air. Ia berperanan untukmemastikan kandungan air sungai mempunyai tahap kandungan pH yang neutral(pH 7), sesuai digunakan untuk pengaliran dan minuman. Kawasan ini sesuaidigunakan untuk pertanian padi sawah dan kelapa.  Manakala hutan paya gambut pula mempunyai tahap kandungan asid yangtinggi (lebih daripada pH 7).Tanah paya gambut meresapkan sisa kandunganasid yang ada dalam kandungan air sungai dan memendapkannya. Paya gambuthanya sesuai digunakan untuk pertanian selepas dikeringkan. Tanah payagambut lembut dan tidak subur. Ia hanya digunakan untuk tanaman berakarkanserabut. Paya bakau (gambarajah 2.10) merupakan ekosistem yang biasanya terdapat diantara kawasan pasang surut dan biasanya kawasan paya bakau ini merupakankawasan yang berlumpur. Kawasan paya bakau ini merupakan salah satuekosistem yang terpenting dalam menjaga habitat yang terdapat di kawasantersebut. Kawasan hutan paya bakau juga memainkan peranan penting sebagaikawasan yang dapat mengurangkan kesan gelombang ombak dari arah laut, halini mula disedari setelah berlakunya Tsunami pada Disember, 2004 di Malaysiadan banyak lagi di negara lain. Oleh kerana Tsunami melanda pantai sebagaisasaran awal, maka bagi mengatasinya kubu atau benteng di tepi pantai amatlahpenting tetapi pembinaan benteng di tepi pantai memerlukan kos yang tinggikerana kebanyakkan kawasan daratan di kelilingi oleh lautan. Oleh itu bentengsemulajadi seperti hutan paya bakau yang tumbuh di kawasan yang berhampiranlaut boleh dimanafaat peranannya selain daripada kosnya yang mudah danmurah. Hutan Simpan Pondok Tanjung merupakan hutan paya yang terkawal dan jugapaling istimewa di utara Semenanjung Malaysia. Keadaan hutan paya ini darisegi hidrologi, struktur tanah dan kepelbagaian tumbuhan dan habitat masih utuhlagi. Keanekaragaman ekosistem seperti habitat paya gambut, paya air tawar,bukit dan sungai boleh dilihat di hutan ini.  3.PENGURANGAN TANAH-TANAH PAYA Dewasa ini, jelas kelihatan tanah-tanah paya semakin berkurangan dan amatmembimbangkan kita. Fenomena ini berlaku tanpa disedari oleh masyarakattempatan yang kurang memahami dan mengetahui bahawa kewujudan tanah-tanah paya ini sangat penting untuk memastikan kesejahteraan alam semulajadi.Kebanyakkan mereka tidak begitu peka jika kawasan tanah paya inidimusnahkan dengan cara tebus guna sebagai tapak bangunan / perumahanatau kawasan pertanian kering. Apa yang mereka faham ialah kawasan tanahpaya ini ialah satu kawasan yang tidak berharga dan tidak memberi manafaatkepada manusia. Fahaman yang salah ini boleh mendatangkan keburukanseperti bencana alam kepada manusia yang tinggal berhampiran dengan
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks