Please download to get full document.

View again

of 14

PENILAIAN DALAM KAUNSELING: ALAT UKURAN PERSONALITI Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

Description
PENILAIAN DALAM KAUNSELING: ALAT UKURAN PERSONALITI Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil PENGENALAN Freud mendefinasikan personaliti sebagai hasil integrasi sturuktur dalaman seperti id, ego dan super ego. Freud juga melihat personaliti sebagai suatu yang realiti dan bersifat stabil manakala Rogers dalam Zainuddin (1993) menyatakan personaliti sebagai suatu yang berubah dan berkembang. Sidek Mohd Noah (2002) mengatakan personaliti adalah unik dan dinamis yang dapat menentukan dan menggerakkan tingka
Transcript
  PENILAIAN DALAM KAUNSELING: ALAT UKURAN PERSONALITIOleh: Noor Hamizah Abdul JalilPENGENALAN Freud mendefinasikan personaliti sebagai hasil integrasi sturuktur dalamanseperti id, ego dan super ego. Freud juga melihat personaliti sebagai suatu yangrealiti dan bersifat stabil manakala Rogers dalam Zainuddin (1993) menyatakanpersonaliti sebagai suatu yang berubah dan berkembang. Sidek Mohd Noah(2002) mengatakan personaliti adalah unik dan dinamis yang dapat menentukandan menggerakkan tingkah laku individu. Ramai pengkaji yang berminat dalambidang personaliti telah menjalankan kajian mereka bertujuan untuk mencari,mengukur dan menghuraikan pelbagai dimensi persoaliti manusia (Sidek MohdNoah, 2005)Justeru bagi melengkapkan kajian-kajian yang dihasilkan, adalah pentingmenggunakan alat ukuran personaliti yang berkualiti bagi mencari dan mengenalpasti kepelbagaian tret-tret personaliti individu. Kathleen (1978)mengklasifikasikan inventori personaliti kepada dua jenis utama iaitu i) Projektif yakni alat ukuran yang menggunakan gambar atau lukisan dan respon yangdinyatakan oleh responden tadi akan diukur; ii) Bukan Projektif iaitu alat ukurandalam bentuk pemilihan item-item pernyataan oleh responden akan diukuruntuk mengetahui tret personaliti yang dimiliki oleh seseorang individu itu.Shertzer dan Linden (1979) menyatakan bahawa dalam pembentukansesuatu inventori itu memerlukan pendekatan-pendekatan yang tertentu sepertiyang dijelaskannya dalam Sidek (2005). Pendekatan-pendekatan itu adalahseperti berikut: Inventori Personaliti Pendekatan Rasional Terdapat beberapa inventori yang terlibat dan dibina melalui pendekatanrasional ini iaitu di antaranya adalah, Edwards Personal Preference Schedule  (EPPS), My  ers-Briggs T  yp er Indicator  (MBTI), Tennessee Self-conce  p t Scale  (TSCS) dan lain-lain. Inventori Personalti Pendekatan Empirikal Terdapat beberapa inventori yang diasaskan melalui pendekatan ini iaitu seperti The M  innesota M  ulti   p hasic Personalit  y  Inventor  y  (MMPI) dan The CaliforniaPs y  chological Inventor  y    (CPI). Inventori Personalti Pendekatan Faktorial Terdapat beberapa inventori yang diasaskan melalui pendekatan yangmenggunakan kaedah analisis faktor ini iaitu seperti G  uilford-ZimmermanTem  p erament Surve y  (GZTS) yang dibina oleh Guilford dalam tahun 1933, E  y  senck Personalit  y  Inventor  y  (EPI), M  audsle y  Personalit  y  Inventor  y  (MPI) danlain-lain.Sehubungan dengan itu, perbincangan yang terperinci akan dibincangkandengan lebih lanjut mengenai beberapa inventori yang berasaskan pendekatanyang telah dijelaskan di atas seperti  J  unior E  y  senck Personalit  y  Inventor  y  (JEPI), Sidek Personalit  y  Inventor  y  (SPI), California Ps y  chological Inventor  y  (CPI), dan Tennessee Self-conce  p t Scale (TSCS).    LATAR BELAKANG ALAT UKURAN INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR (JEPI) Pada tahun 1947, Hans Jurgan Eysenck telah memperkenalkan InventoriPersonaliti Eysenck Juniour (JEPI). Dalam usaha pembinaan alat ini, analisisfaktor telah mula dijalankan yang melibatkan  p s y  chiatric rating berdasarkan 30pemboleh ubah ke atas 700 orang askar yang neurotik. Dua faktor yangdiberikan fokus utama ialah Neurotism (N) dan Ekstroversi (E). FaktorNeurotisme (N) mempunyai kontinum bipolar yang skornya melebihi 12 mewakilikeadaan neurotis dan skor yang kurang daripada 12 mewakili keadaan yangstabil. Manakala bagi Faktor Ekstroversi (E), sekiranya mempunyai bipolar skormelebihi 12 mewakili ektroversi dan yang kurang daripada 12 mewakili introvertJika skor yang diperolehi oleh seseorang individu itu adalah N 12, individutersebut mempunyai kecenderungan untuk memiliki kedua ciri-ciri neurotismedan ekstroversi. Sehubungan dengan itu juga, individu berkenaan menunjukkanketidakstabilan serta ciri-ciri neurotik yang lemah secara bertukar-tukar darisatu masa ke satu masa yang lain. Neurotism dan Stabiliti terdiri daripadakontinum bipolar yang mana skor melebihi 12 mewakili keadaan yang tidakstabil atau neurotis dan skor kurang daripadanya mewakili keadaan yang stabil.Begtu juga keadaannya dengan kontinum bipolar Ekstroversi dan Introversi yangmana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan Ekstroversi dan skor kurangdaripada 12 termasuk dalam keadaan yang Introvert.Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktoryang dikenal pasti bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenalisebagai M  audsle y    M  edical Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur faktorneurotisme sebagai dimensi personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikajisemula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan analisisfaktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai M  audsle y  Personalit  y  Inventor  y  (MPI) dihasilkan. MPI mengukur dua faktorutama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dandiubah kepada E  y  senck Personalit  y  Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini   juga akhirnya dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat akhirnyaterbentuklah  J  unior E  y  senck Personalit  y  Inventor  y    (JEPI).Namun begitu, penggunaan JEPI di Malaysia telah diubahsuai oleh Prof Madya Dr Sidek Mohd Noah mengikut bahasa dan budaya yang bersesuaiandengan rakyat Malaysia. Terdapat 60 item kesemuanyanya dan terdiri daripada3 skala iaitu skala Ekstroversi, Neurotisme dan Penipuan. Skala Ekstroversimempunyai 24 item (19 item positif dan 5 item negatif) manakala skalaNeurotisme pula mengandungi 24 item yang semuanya menunjukkan item yangpositif. Selain itu, terdapat juga skala Penipuan yang mengandungi 12 item iaitu6 item positif dan 6 item negatif.Dari segi pentadbiran JEPI pula, masa untuk mengambil ujian ini tidakditetapkan, namun dicadangkan agar dapat menyelesaikannya dalam tempoh 20hingga 30 minit. Seelok-eloknya ia ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif iaitu mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada kebisingan serta gangguan. Pengiraan skor dan pembentukanprofil ujian personaliti juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati sertamengikut kaedah pengiraan yang standard yang telah ditetapkan. Rajah 1berikut merupakan pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan tret±tretyang terkandung di dalam JEPI MuramKuadran I 24CemasBimbangTidak Fleksibel/Rigid18 24   SelesaBebasEkstrovert TANAH  Kuadran II MudahTersinggungGelisahAgresif Ghairah0 6 12   JujurTerkawalTenangTenteram AIR     MELANKOLIKPHLEGMATIKKOLERIKSANGUIN
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks