of 9

Penubuhan Kelab SILAT

Description
dokumen penubuhan kelab
Transcript
  Jawatankuasa Kelab Sepak Takraw SMK KIDURONG PETI SURAT 2078 97011 Bintulu SARAWAK Melalui : Penolong Kanan Kokurikulum, Ruj. Kami : Tarikh : 15 Januari 2017 PENGETUA, SMK KIDURONG PETI SURAT 2078 97011 Bintulu SARAWAK Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB SEPAK TAKRAW Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ZAINUDDIN ABU BAKAR (Guru Penasihat Kelab/Persatuan SEPAK TAKRAW berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U (A) 196, berkaitan dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab/Persatuan SEPAK TAKRAW mulai 15 Januari 2017. 2. Bersama-sama ini disertakan : 2.1 Draf Perlembagaan. 2.2 Draf Aktiviti Asas. 2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja. Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”    Saya yang menurut perintah, ........................................................   ( ZAINUDDIN ABU BAKAR ) Guru Penasihat SEPAK TAKRAWI, SMK KIDURONG s.k PK Kokurikulum S/U Kokurikulum Fail Kelab/Persatuan SEPAK TAKRAWI.    DRAF SMK KIDURONG : KELAB SEPAK TAKRAW PERLEMBAGAAN KELAB SEPAK TAKRAW   Pada mematuhi Subperaturan 5 {(1)(a)} dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) (Nama Pertubuhan dan alamat) yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.   PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT A. Nama Persatuan : KELAB SEPAK TAKRAW B. Alamat : SMK KIDURONG PETI SURAT 2078 97011 Bintulu SARAWAK  97000 Bintulu, Sarawak PERATURAN 2 MATLAMAT 2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. PERATURAN 3 OBJEKTIF 3.1 Supaya ahli dapat menganggotai persatuan ini dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu berkaitan dan dapat memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. 3.2 Ahli-ahli persatuan akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan dan pertandingan-pertandingan yang diikutinya. PERATURAN 4 KEAHLIAN 4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini. 4.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.  4.3 Ahli- ahli mestilah menerima dan mematuhi Perlembagaan Kelab. PERATURAN 5 GURU PENASIHAT 5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. 5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. 5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli semasa aktiviti dijalankan. PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA 6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung. 6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. 6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. 6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. 6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:- 6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Timbalan Pengerusi 6.6.3 Naib Pengerusi 6.6.4 Setiausaha 6.6.5 Penolong Setiausaha 6.6.6 Bendahari 6.6.7 Penolong Bendahari 6.6.8 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan) 6.6.9 Pemeriksa Kira-Kira PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1 Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.    7.2 Naib Pengerusi 7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi. 7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.3 Setiausaha 7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat. 7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. 7.3.3 Mencatat kehadiran ahli 7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.4 Penolong Setiausaha 7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha. 7.4.3 menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.5 Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan 7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. 7.5.3 menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.6 Penolong Bendahari 7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks