of 5

STEM Pengenalan

Description
STEM
Transcript
    PENGENALAN Pembangunan modal insan amat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju kerana sumber manusia yang akan berperah keringat untuk memperkasa ekonomi negara. Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh portal rasmi Malaysian Science & Technology information Centre(MASTIC) menunjukkan terdapat 57  penyelidik bagi setiap 10,000 orang pekerja di Malaysia berbanding 78 penyelidik bagi setiap 10,000 orang pekerja di negara-negara maju. Angka ini merupakan suatu indikator Malaysia masih perlu berusaha jauh untuk mencapai tahap negara maju seterusnya negara yang  berpendapatan tinggi. Sejajar dengan hasrat negara untuk melahirkan tenaga kerja kompeten, sekelompok murid mewakili negara menyertai kajian dengan menjawab soalan bertaraf antarabangsa iaitu TIMSS ( Trends in International Mathematics and Science   Study)  dan PISA (Programme for International Student Assessment) bagi mengenalpasti keberkesanan pembelajaran dan  pengajaran subjek Sains dan Matematik terhadap murid di Malaysia. Ini menjadi kayu ukur  bagi Malaysia untuk mempertingkatkan mutu pendidikan terutama dalam bidang STEM. Bermula daripada tahun 1999 sehingga tahun 2011, Malaysia memperlihatkan kemerosotan  prestasi setiap tahun dalam kedua-dua bidang, Sains dan Matematik dalam TIMSS. Manakala  pencapaian PISA 2012 Malaysia selalu di bawah skor purata OECD. Melihat situasi ini, langkah intervensi diambil oleh kerajaan dengan menumpukan kepada pendidikan STEM. Maka, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) pendidikan STEM diletakkan sebagai agenda penting dalam trasnformasi pendidikan untuk melahirkan murid  berdaya saing dan berkemahiran di samping mempunyai nilai murni.  Pada tahun 1970-an dasar 60:40 diperkenalkan supaya lebih ramai murid yang  berkelayakan memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat menengah dan seterusnya dalam bidang Sains dan Teknologi. Dasar ini diperkenalkan dengan harapan lompong-lompong tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat dipenuhi dalam insdustri yang memangkin ekonomi negara. Namun begitu, bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berucap dalam  persidangan Perikatan STEM Global bahawa sehingga tahun 2000 nisbah murid memilih  bidang dan kerjaya STEM berbanding bukan STEM adalah 25:75. Perkiraan ini membimbangkan kerana negara akan kekurangan sumber tenaga berkebolehan dalam bidang  yang akan memajukan negara. Namun bermula 2012 langkah intervensi yang dilakukan kerajaan termasuklah pemurnian PPPM 2013-2025, pengukuhan terhadap pengajaran STEM dan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT), keputusan ujian TIMSS kembali mendaki naik  walaupun belum mencecah tahap penguasaan tinggi. Menggunakan teknologi yang paling canggih abad ini tidak menjadikan Malaysia sebuah negara maju tetapi Malaysia akan menjadi negara maju seandainya rakyat Malaysia yang mencipta teknologi itu. Malaysia perlu mampu untuk mencipta dan menginovasikan teknologi sendiri yang bukan sahaja mampu untuk mengukuhkan ekonomi bahkan menghasilkan teknologi dan insfrastruktur yang melestari kehidupan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia perlu dibentuk menjadi modal insan yang berupaya menyelesaikan masalah kompleks, berfikir secara kritis, kreatif, menguruskan manusia, kecerdasan emosi, membuat keputusan serta berunding. Berdasarkan laporan keputusan TIMSS 2011 dan PISA 2012 yang membimbangkan dan mengejutkan semua pihak, KPM meletakkan STEM dalam PPPM 2013-2025 dan mula menjalankan kajian, pemurnian kurikulum dan penerapan kemahiran berfikiran aras tinggi. Maka hasilnya dapat dilihat melalui TIMSS 2015. Dengan skor Matematik dan Sains masing-masing 465 dan 471 berbanding tahun 2012, 440 dan 426, Malaysia menunjukkan peningkatan skor dalam ujian TIMSS walaupun kedudukan Malaysia jatuh daripada tangga 20 ke tangga 22. Hasil penumpuan KPM dalam STEM juga melihatkan sedikit peningkatan dalam pemilihan  bidang dan kerjaya berkaitan STEM. Dalam ucapan Dato Seri Najib juga ada menyebut dasar nisbah 60:40 boleh dicapai kerana baru-baru ini nisbah ini sudah mencapai 42:58 berbanding tahun sebelum pengenalan PPPM, 25:75.  Banyak negara yang memahami kepentingan STEM dan mengimplementasikannya dalam pendidikan. Di Amerika sebagai contoh terdapat pelbagai usaha yang mendokong dan menyokong pendidikan STEM ini iaitu STEM Coalition (http://www.stemedcoalition.org/)  dan juga NGSS (Next Generation Science Standard) yang menekankan ilmu dan juga praktikal Sains dan Kejuruteraan. Negara jiran, Singapura menekankan pemikikiran dan aktiviti yang inovatif manakala United Kingdom mempunyai akses yang meluas tentang STEM daripada laman webnya STEMNET. Sedikit berbeza, Korea telah melaksanakan integrasi sekolah sains dengan disiplin lain melalui pendidikan STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics).   SAINS, TEKNOLOGI DAN MATEMATIK (STEM) STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Ia juga adalah  pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang ini dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Sejarah Istilah STEM ini bermula pada awal tahun 90-an di Amerika Syarikat dalam polisi-polisi kerajaan Amerika Syarikat (Koehler, Binns, & Bloom, 2016). Cabaran yang dikenalpasti ialah untuk mempersiapkan setiap warganegara Amerika Syarikat untuk menceburi bidang Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan akhirnya memasuki kerjaya yang berkaitan bidang STEM seperti saintis, jurutera, ahli matematik, atau ahli teknologi. Pada permulaannya, istilah SMET (science, mathematics, engineering, & technology) digunakan, namun ditukar kepada STEM oleh National Science Foundation (NSF) bagi memudahkan penyebutan dan memperkukuhkan maknanya (National Academy of Science, 2007). Sejak idea STEM dikemukakan, kini ia mempunyai pelbagai definisi (Roehrig, Moore, Wang, & Park, 2012).  Perlaksaan Pendidikan Stem Di Malaysia STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek, iaitu: Bidang pembelajaran; Pakej mata  pelajaran; dan Pendekatan p&p.   STEM pada peringkat pendidikan awal adalah untuk mencetuskan dan memupuk minat murid melalui aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang sifat ingin tahu. Seterusnya, di peringkat pendidikan rendah, murid didedahkan dengan asas-asas pengetahuan STEM dan mengaitkan pengetahuan mereka deng an situasi dalam kehidupan harian melalui aktiviti penyiasatan dan penerokaan. Manakala, di peringkat pendidikan menengah rendah, potensi murid di pertingkatkan dengan  pembinaan dan pembangunan kemahiran STEM melalui aktiviti penganalisisan isu tempatan serta global dan penyelesaian masalah. Di peringkat pendidikan menengah atas pula,  pendidikan STEM memfokuskan pada aktiviti pengukuhan dan pengayaan kemahiran STEM melalui aktiviti yang boleh mempamerkan konsep STEM pada peringkat tinggi. Pada peringkat tertiari, pendidikan STEM menyediakan murid untuk menghadapi cabaran alam kerjaya STEM, seterusnya, pada peringkat industri dan komuniti, mereka akan menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan negara melalui inovasi. Bunyamin, M. A. H. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global, Perkembangan Semasa di Malaysia, dan Langkah Ke Hadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, 25(1), 1-6. (PDF) Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global, Perkembangan Semasa di Malaysia, dan Langkah Kehadapan . Available from: https://www.researchgate.net/publication/301567750_Pendidikan_STEM_Bersepadu_Perspe   ktif_Global_Perkembangan_Semasa_di_Malaysia_dan_Langkah_Kehadapan [accessed Jun   18 2018]. Jho, H., Hong, O., Song, J. (2016). An Analysis of STEM/STEAM Teacher Education in Korea with a Case Study of Two Schools from a Community of Practice Perspective. Eurasia Journal of
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks